Video Making Training Pi1M Kelantan

25 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Program Video Making Training Pi1M Kelantan telah diadakan di Pi1M Chengal. Program ini dilaksanakan bagi memastikan staff dan kakitangan Pi1M dapat mengklasifikasikan teknik dan cara pembikinan video yang lebih bermutu. Melalui program ini, mereka dapat memberi ilmu tentang teknik pembikinan filem/video secara berkualiti dan lebih bermutu kepada penduduk di sekitar Pi1M mereka.

Dianggarkan seramai 32 orang peserta terlibat. Teknik pembikinan video ini diajar oleh dua orang staff Pi1M dari Zon Utara. Perkongsian daripada mereka dan input – input yang disampaikan amat berguna untuk staff Pi1M dalam memberikan tinjuk ajar kepada pelajar, ahli Pi1M dan penduduk setempat dalam membuat video yang lebih kreatif.

Program ini dimeriahkan lagi dengan kedatangan Cik Mardziyah binti Wahab. Program dijalankan selama 3 hari 2 malam. Program berakhir dengan tayangan setiap video dari Pi1M masing-masing dengan kerjasama gabungan setiap Pi1M mengikut daerah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas