Majlis Sambutan Hari Raya

3 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Majlis Sambutan Hari Raya kerjasama antara Pi1M Lawang dan Pi1M Batu Gajah. Sambutan ini diadakan bagi memastikan staf Pi1m juga dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan pengguna dan penduduk di sekitar, di samping mendedahkan kemudahan dan perkhidmatan yang ada di sini.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran, Yb. Dato Mohd Adhan bin Kechik (Adun Bukit Bunga). Majlis ini dimeriahkan juga jamuan makan dan persembahan dikir barat dari Pasukan Dikir Barat Bukit Bunga.

Selain itu, aktiviti yang terdapat di Pi1M sebelum dan semasa majlis diadakan antaranya ialah aktiviti mengutip sampah di luar Pi1m, menyapu, mengemop lantai, mengelap cermin tingkap dan membasuh lantai luar Pi1m, aktiviti membersihkan kawasan sekitar PI1M, menaikkan Khemah dan memasang meja untuk jamuan, yuran keahlian percuma sepanjang majlis, serta taklimat dan kuiz Klik Dengan Bijak (KDB), E-Waste dan Check Your Label. Majlis bersurai pada jam 11.00 malam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas