Majlis Penutupan Sambutan Kemerdekaan dan Klik dengan Bijak

9 September 2016 | Aktiviti Terkini

Majlis penutupan Kemerdekaan dan Klik dengan Bijak (KDB) telah diadakan di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Tan Sri Mohamed Yaacob,Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Majlis ini telah diadakan dengan kerjasama antara Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Lawang dengan antara Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Batu Gajah.

Tujuan majlis ini ialah Menerangkan kepada para guru, dan pelajar tentang keselamatan dan tanggungjawab mereka apabila berdepan dengan dunia tanpa sempadan. Selain itu,memberikan taklimat berkenaan Klik Dengan Bijak (KDB) serta memberi pendedahan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang ada di Pi1M.

Daripada taklimat yang disampaikan oleh staf Pusat Internet 1 Malaysia, peserta dapat mengetahui dan memahami apa itu keselamatan dan tanggungjawab mereka apabila terlibat di dalam dunia media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Online Banking, dan Buli Siber. Mereka juga digalakkan untuk menjaga privasi serta identiti diri apabila melayari dunia internet tanpa sempadan. Jangan terlalu mendedahkan diri hanya untuk glamor. Selain itu, mereka juga turut didedahkan dengan fungsi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dan juga Pusat Internet 1 Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas