Kelas Gubahan Botol

4 April 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 3 April 2016 yang lalu, PI1M Lawang dengan kerjasama Puan Rodiah dari KEMAS telah mengadakan kelas gubahan botol menggunakan reben serta bunga dari jam 4.00 petang sehingga jam 6.00 petang. Kelas ini diadakan setiap hari Ahad setiap minggu jika Puan Rodiah tiada aktiviti luar yang lain.

Program ini dijalankan bagi mengisi masa lapang para surirumah serta dapat menjana pendapatan mereka untuk tempahan hiasan botol untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Selain itu, hiasan botol ini juga boleh digunakan untuk diberikan sebagai cenderahati kepada para tetamu pada majlis keraian atau majlis kahwin.
Selain membantu menjana pendapatan para surirumah, kelas ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara komuniti berdekatan serta bertukar-tukar cerita.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas