Bengkel Aplikasi dan Lego (BAL) Fasa 2

28 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Bengkel Aplikasi dan Lego (BAL) Fasa 2 telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Buluh Kubu, Kota Bharu, Kelantan. Bengkel ini dijalankan bertujuan untuk mendedahkan komuniti luar bandar kepada aplikasi robotik menggunakan lego dan aplikasi computer dalam menggerakkan robot.

Selain itu, MCMC dan staf Pi1m juga dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan masyarakat setempat di samping dapat mendedahkan komuniti setempat dengan dunia ICT dan perkakasan yang lebih canggih.

Antara aktiviti yang diadakan ialah penerangan berkenaan komponen-komponen yang terdapat di dalam kotak aplikasi lego robotic, latihan dalam kumpulan untuk membina robot masing-masing berpandukan panduan yang diberikan. Penerangan lanjutan berkenaan software yang digunakan untuk menentukan pergerakan robot. Sesi pertandingan di mana pelajar dan fasilitator mengaplikasikan kesemua kaedah yang diajar dan penyampaian sijil dan hadiah pertandingan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas