Kelas Ms Word 2013

24 November 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 23 November 2015, hari Isnin, staf PI1M Kampung Lawang telah menganjurkan kelas Ms Word 2013 bermula jam 4.00 petang sehingga jam 6.00 petang. Seramai 06 orang peserta telah menyertai kelas ini. Kelas yang berlangsung selama 2 jam ini bertujuan untuk mengajar para peserta menggunakan Ms Worde bagi membuat sesuatu tugasan.

Para peserta diberikan penerangan tentang setiap tools yang ada di dalam komputer dan juga cara menggunakan carian enjin Google bagi mendapatkan imej yang dikehendaki. Peserta dilatih menaip dokumen, menggunakan format seperti font, shapes, WordArt, dan menambah gambar di dalam dokumen daripada carian enjin. Setelah itu, peserta diajar bagaimana untuk menyimpan (save) dokumen mereka.

Di samping kelas Ms Office ini, taklimat dan tayangan video berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB) juga turut diselitkan sebagai aktiviti selingan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas