Hari Terbuka Dan Jamuan Hari Raya Pi1m Kampung Lawang & Pi1m Batu Gajah

2 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

PI1M Kampung Lawang dan PI1M Batu Gajah buat pertama kalinya bekerjasama mengadakan Hari Terbuka dan Jamuan Hari Raya pada hari Sabtu, 01 Ogos 2015 dari jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama daripada KRT Kampung Lawang. Hari Terbuka PI1M diadakan di sekitar dan perkarangan PI1M Batu Gajah pada sebelah paginya di mana aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Talimat Klik Dengan Bijak (KDB), Pertandingan Nyanyian Lagu Raya, Explorace Celik IT dan Sukaneka serta pendaftaran ahli secara percuma. Aktiviti-aktiviti ini berlangsung dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Pada sebelah petangnya, dianggarkan seramai 400 orang pengunjung telah memenuhi perkarangan PI1M Kampung Lawang bagi meraikan Jamuan Hari Raya yang bermula pada jam 2.00 petang. Majlis Jamuan Hari Raya ini dimeriahkan lagi dengan kedatangan Datin Nik Nur Erdailany Nik Yahya, isteri kepada ADUN Bukit Bunga pada jam 3.00 petang. Antara aktiviti yang diselitkan semasa majlis berlangsung adalah sesi penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang serta cabutan bertuah. Tepat jam 5.00 petang majlis bersurai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas