Taklimat Dan Tayangan Video Klik Dengan Bijak

17 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 16 Mei 2015, satu taklimat dan tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Lawang bermula jam 4.00 petang sehingga jam 5.00 petang. Seramai 21 orang peserta telah menyertai taklimat ini. Penolong pengurus PI1M Kampung Lawang, iaitu Pn.Sharifah telah memberikan penerangan berkaitan bahaya buli siber, siber stocking dan siber grooming. Tujuan PI1M menganjurkan aktiviti ini adalah bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang bahaya jika tidak bijak menggunakan kemudahan jalur lebar yang disediakan. Selepas tayangan, sesi soal jawab dibuka kepada peserta bagi menguji tahap pemahaman mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas