Kelas Ms Office 2013 (Membuat Kad Ucapan Hari Guru)

17 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mei 2015, hari Sabtu, sempena sambutan Hari Guru, staf PI1M Kampung Lawang telah menganjurkan kelas Ms Office 2013 bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi. Seramai 10 orang peserta telah menyertai kelas ini. Kelas yang berlangsung selama 2 jam ini bertujuan untuk mengajar para peserta menggunakan Ms Office bagi membuat kad ucapan Hari Guru. Para peserta diberikan penerangan tentang setiap tools yang ada di dalam komputer dan juga cara menggunakan carian enjin Google bagi mendapatkan imej yang dikehendaki. Peserta dilatih menaip dokumen, menggunakan format seperti font, shapes, WordArt, dan menambah gambar di dalam dokumen daripada carian enjin. Setelah itu, peserta diajar bagaimana untuk menyimpan (save) dokumen mereka. Di samping kelas Ms Office ini, taklimat dan tayangan video berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB) juga turut diselitkan sebagai aktiviti selingan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas