dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Lawang, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Gotong-royong Membersihkan Pusat Daftar Mengundi (PDM) Kg Lawang

18 Mac 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mac 2017 telah diadakan gotong royong membersihkan Pusat Daftar Mangundi (PDM) Kg Lawang. Progam gotong royong ini diadakan pada jam 3.00 petang selepas solat jumaat dan pada malamnya telah diadakan solat hajat yang dihadiri YB Dato Hj Mohd Adhan bin Kechik (Adun Bukit Bunga) dan Ahli Jawatankuasa KRT Kampung Lawang dan penduduk sekitar Lawang.

Program gotong royong yang diadakan dapat mengeratkan ikatan silaturrahim antara staf PI dengan komuniti sekitar serta dapat menyedarkan komuniti untuk bersama-sama menjaga kebersihan. Selain itu, staf PI juga dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan komuniti di samping mendedahkan kemudahan dan perkhidmatan yang ada di sini. Antaranya penerangan advokasi mengenai e-waste serta aktiviti mengutip sampah di PDM, menyapu, mengemop lantai, mengelap cermin tingkap dan membasuh lantai di dalam bangunan PDM. Setelah siap, peserta diberi sedikit jamuan ringan yang disumbangkan oleh KRT Lawang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.